MALAYSIAN STREET FOOD - Mee Sup Daging Melayu Champa Sekarang, anda tak perlu pergi ke Terengganu untuk menikmati mee sup daging yang sedap ini kerana ia telah dibawa ke KL oleh The Cham. Mee Sup Daging Melayu Champa berlainan daripada mee sup yang biasa kerana proses memasaknya lagi rumit dan memakan masa yang lama. Bawang perlu dibakar terdahulu sebelum ditumis dan air daging gearbox digunakan untuk mereneh sup untuk 24 jam untuk mengekstrak rasanya. Walaupun sup nampak jernih, ia penuh dengan rasa dan lagi terangkat bila dicampur dengan sambal merah pedas desik. Porsi pun cukup besar dan penuh dengan hirisan daging, pasti mengenyangkan! Harga: 🔥 Mee Sup Daging Biasa - RM8.90 🔥 Mee Sup Daging Special (Daging + Kateh*) - RM10.90 🔥 Combo Set Biasa - RM13.90 🔥 Combo Set Special - RM15.90 *Kateh = potongan urat keting dari gearbox Pilihan Air Set Combo: 🥤 Kopibeng Salted Caramel 🥤 Kopibeng Butterscotch 🥤 Banana Chocolate Smoothie 🥤 Mango Milkshake 🥤 Greentea Shake 🥤 Dragon Smoothie 【The Cham @ Megi Ketam Bistro】 Jalan Batu Muda 13, Taman Batu Muda, Batu Caves 3pm - 1am Tel: 018-390 0627 【The Cham @ The Umbrella Marketplace】 Persiaran Capsquare City Centre, KL (Berhadapan Jakel Mall & Menara AIA) 4pm - 2am Tel: 018-390 0627 MyMakanTV 更多视频/文章……
分享: |
本站部份资源来自网络分享并注明出处,若有侵权或不良资源请联系删除。|联系我们|手机版|打工族生活理财
GMT+8, 2024-11-24 09:33 , Processed in 0.019844 second(s), 19 queries .
Powered by Discuz! X3.5
© 2001-2023 Discuz! Team.