Ajjim Ayam Kampung at Kampung Pandan, KL Tukang masak di AJJIM Ayam Kampung yang berasal dari Kelantan mempunyai pengalaman lebih 15 tahun memasak di beberapa restoran termashyur di KL sebelum ini. Jadi, masakan dia memang ada standard. Terdapat 20-30 jenis sajian di sini dan menu ayam kampung menjadi tumpuan. Ikan dan kerang-kerangan segar seperti ikan keli, kembung, ikan tongkol, lala dan siput sedut juga tersedia. Antara lauk-pauk yang kami suka: 👉 Ayam Kampung Goreng 👉 Ayam Kampung Percik 👉 Lala Masak Lemak Cili Api 👉 Ikan Goreng Keli Berlada 👉 Gulai Daging Semuanya dimasak dengan bahan-bahan segar dari pasar pagi setiap hari. Ayam/ikan bakar juga dibakar dengan arang. Kelazatan dan kualiti makanan memang terserlah. 【AJJIM Ayam Kampung】 11 Jalan Kampung Pandan, Maluri 55100 Kuala Lumpur 013-636 6006 8am - 5pm (cuti Jumaat) . . #AyamKampung #KL #KualaLumpur #NasiCampur #Halal #Makan MyMakanTV 更多视频/文章……
分享: |
本站部份资源来自网络分享并注明出处,若有侵权或不良资源请联系删除。|联系我们|手机版|打工族生活理财
GMT+8, 2024-11-24 09:04 , Processed in 0.021851 second(s), 21 queries .
Powered by Discuz! X3.5
© 2001-2023 Discuz! Team.