找回密码
 立即注册
打工族生活理财 主页 吃喝玩乐 查看内容

John Satay - First Black Pepper Satay in Malaysia

2019-2-15 17:45| 发布者: admin8| 查看: 49| 评论: 0|文章/视频分享来自: MyMakanTV




John Satay - First Black Pepper Satay in Malaysia

Memperkenalkan satay black pepper yang pertama di Malaysia! Kalau korang penggemar satay dan lada hitam, memang harus pekena gabungan yang unik dan istimewa ini.

John Satay adalah salah satu gerai satay yang paling lama berniaga di KL sejak lebih 30 tahun lalu. Menu terbaru mereka - black pepper satay hanya dilancarkan dua bulan lepas tetapi ia sudah mendapat sambutan hangat 👍


Kuah black pepper tersebut dimasak segar setiap hari dengan bahan2 utama biji lada hitam tempatan dan mentega sehingga pekat melikat, beraroma dan cukup rasa.

Setiap set juga dihidangkan bersama roti bun dan coleslaw atau potongan timun. Jika dipasangkan dengan satay daging atau kambing yang empuk ngam habis beb 😋

Bagi korang yang bukan peminat black pepper, kuah kacang biasa masih tersedia. Tak ceroi langsung, kaw kaw penuh jer dengan kacang, mabeles betul.

Menu:
🔥 Satay Ayam - 1
🔥 Satay Daging - 1
🔥 Satay Perut - 1.20
🔥 Satay Kambing - 1.60
🍙 Nasi Impit - 1

🌶️ Set Blackpepper (RM11)
-10pcs satay (ayam /daging)
-coleslaw
-roti bun
-black pepper sauce

*John Satay mempunyai 2 cawangan di KL. Kalau nak lepak bersantai sambil menikmati pemandangan KL, bolehlah singgah cawangan Oyo Buddys Hotel manakala HQ di Cheras lebih sesuai untuk keluarga. Perkhidmatan katering juga disediakan.

【John Satay HQ】
Lot A-1, Food Court Bandar Sri Permaisuri, Cheras
6pm - 12am
Tel: 012-437 7745

【John Satay KL】
Depan OYO 327 Buddys Hotel
315, Jalan Lorong Tuanku Abdul Rahman Kanan 1
Chow Kit, KL
6pm - 4am
.
.
#halal #satay #blackpepper #sate #KL #Cheras #Supper #Dinner #Makan #Lepak
文章/视频分享来自:
MyMakanTV



  更多视频/文章……  


分享:

路过

雷人

握手

鲜花

鸡蛋
更多吃喝玩乐

最新评论

本站部份资源来自网络分享并注明出处,若有侵权或不良资源请联系删除。|联系我们|手机版|打工族生活理财

GMT+8, 2024-11-24 07:18 , Processed in 0.021706 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.5

© 2001-2023 Discuz! Team.

返回顶部