找回密码
 立即注册
打工族生活理财 主页 吃喝玩乐 查看内容

MALAYSIAN STREET FOOD - Mee Sup Daging Melayu Champa

2019-5-14 22:30| 发布者: admin8| 查看: 29| 评论: 0|文章/视频分享来自: MyMakanTV




MALAYSIAN STREET FOOD - Mee Sup Daging Melayu Champa

Mak Wan Mee Sup Melayu Champa adalah antara tempat makan yang paling lejen di Terengganu. Sebanyak 1500 mangkuk mee sup daging boleh dijual setiap hari, laku keras!

Sekarang, anda tak perlu pergi ke Terengganu untuk menikmati mee sup daging yang sedap ini kerana ia telah dibawa ke KL oleh The Cham.


Mee Sup Daging Melayu Champa berlainan daripada mee sup yang biasa kerana proses memasaknya lagi rumit dan memakan masa yang lama.

Bawang perlu dibakar terdahulu sebelum ditumis dan air daging gearbox digunakan untuk mereneh sup untuk 24 jam untuk mengekstrak rasanya.

Walaupun sup nampak jernih, ia penuh dengan rasa dan lagi terangkat bila dicampur dengan sambal merah pedas desik. Porsi pun cukup besar dan penuh dengan hirisan daging, pasti mengenyangkan!

Harga:
🔥 Mee Sup Daging Biasa - RM8.90
🔥 Mee Sup Daging Special (Daging + Kateh*) - RM10.90
🔥 Combo Set Biasa - RM13.90
🔥 Combo Set Special - RM15.90
*Kateh = potongan urat keting dari gearbox

Pilihan Air Set Combo:
🥤 Kopibeng Salted Caramel
🥤 Kopibeng Butterscotch
🥤 Banana Chocolate Smoothie
🥤 Mango Milkshake
🥤 Greentea Shake
🥤 Dragon Smoothie

【The Cham @ Megi Ketam Bistro】
Jalan Batu Muda 13, Taman Batu Muda, Batu Caves
3pm - 1am
Tel: 018-390 0627

【The Cham @ The Umbrella Marketplace】
Persiaran Capsquare City Centre, KL
(Berhadapan Jakel Mall & Menara AIA)
4pm - 2am
Tel: 018-390 0627
文章/视频分享来自:
MyMakanTV



  更多视频/文章……  


分享:

路过

雷人

握手

鲜花

鸡蛋
更多吃喝玩乐

最新评论

本站部份资源来自网络分享并注明出处,若有侵权或不良资源请联系删除。|联系我们|手机版|打工族生活理财

GMT+8, 2024-5-14 02:52 , Processed in 0.016814 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.5

© 2001-2023 Discuz! Team.

返回顶部